Tiket Masuk Umum cukup untuk pengembaraan sepanjang satu hari di Ocean Park. Kebanyakan tarikan dan pertunjukan boleh dinikmati dalam masa sehari sahaja. Bayaran masuk termasuk kebanyakan kemudahan kecuali permainan yang beroperasi menggunakan syiling dan permainan yang menggunakan teknik kemahiran.
(berumur 12 tahun dan ke atas) Kanak-kanak
(berumur 3-11)Pemegang JoyYou Card
(berumur 60-64)
- Tiket adalah sah selama 180 hari daripada tarikh pembelian.
- Kemasukan percuma diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 3 tahun.
- Rakyat warga tua tempatan berumur 65 tahun dan ke atas dengan Kad Pengenalan Hong Kong atau “Kad Warganegara Warga Tua” yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kemasyarakatan, pemegang Kad Pendaftaran bagi orang Kurang Upaya, rakyat Hong Kong yang memiliki Kad Pengenalan Hong Kong dan datang berkunjung pada hari lahir mereka boleh memasuki Ocean Park secara percuma. Tiket masuk percuma boleh ditebus di kaunter tiket.
- Semasa di pintu masuk, tetamu-tetamu yang memegang Kad JoyYou akan perlu menunjukkan Kad JoyYou yang sah oleh Octopus Cards Limited atau Kad Pengenalan Hong Kong bagi tujuan pengesahan. Jika gagal untuk menunjukkan dokumen yang sah, para tetamu wajib membayar perbezaan harganya di lokasi.
- Para pemegang “Kad Pendaftaran bagi orang Kurang Upaya” yang dikeluarkan oleh Biro Hal Ehwal dan Buruh boleh memasuki Ocean Park secara percuma dan seorang tetamu yang menemaninya boleh menikmati kemasukan dengan separuh harga.
- Mana-mana kanak-kanak (berumur 11 tahun dan ke bawah) wajib ditemani oleh seorang dewasa (berumur 15 tahun dan ke atas) apabila memasuki Ocean Park.
- Semasa menunjukkan “Sijil Penerima Bantuan Keselamatan Sosial Komprehensif (bagi mereka yang mempunyai Pengecualian Perubatan)” /”Makluman Permohonan Berjaya” dan dokumen pengenalan gambar peribadi, individu dan ahli keluarga yang menerima bantuan dari Skim Bantuan Keselamatan Sosial (CSSA) boleh menikmati kadar kemasukan HK$20 apabila membeli tiket-tiket di Pintu Masuk Utama Ocean Park.
- Rakyat Hong Kong hanya perlu menunjukkan dokumen pengenalan Hong Kong atau Sijil Lahir Hong Kong untuk menikmati kemasukan waktu siang secara percuma pada hari lahir mereka. Ini tidak tertakluk kepada bankuet peribadi dan program-program waktu lewat petang.
- Tiket-tiket kemasukan umum hanya sah pada tarikh sepanjang tempoh sahnya dan waktu taman beroperasi. Bagi acara-acara tertentu, tiket acara khas perlu dibeli secara berasingan.
- Disebabkan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, cuaca atau keadaan lain, Taman mungkin akan menghentikan mana-mana tunggangan atau tarikan tanpa makluman terlebih dahulu. Ia merupakan syarat jualan tiket masuk Taman yang menyatakan bahawa mana-mana permohonan untuk pemulangan semula tiket yang dibeli para pengunjung sama ada separuh atau sepenuhnya tidak akan dipertimbangkan oleh pihak Taman walaupun tunggangan dihentikan atau tarikan ditutup.