Ocean Park Hong Kong, 180 Wong Chuk Hang Road, Aberdeen, Hong Kong Tel: (852) 3923 2323 Fax: (852) 2873 5584
© Copyright Ocean Park Hong Kong. All rights reserved.
Dikatakan bahawa dalam lautan pepohonan yang tersembunyi di sebelah gunung Gaofeng Paradise ini, ada ramai orang tidak keluar daripadanya selepas masuk ke dalamnya dengan tidak sengaja. Apabila anda melangkah ke dalam hutan yang suram ini, anda akan menemui sebuah kampung Jepun yang terpencil, yang mana terdapat beratus-ratus hantu dan raksasa mengintai di setiap sudut, menunggu peluang untuk menerkam pelancong yang mengembara di dalam kampung itu! Di taman bergaya Jepun yang ringkas ini, pengunjung boleh mengagumi skrin kayu Jepun dan pintu gerbang Torii. Pancaran cahaya dan bayang-bayang di bawah teduhan pokok juga merupakan pemandangan cantik terkenal di internet untuk mengambil gambar.
"Demon Grove" direka mengikuti gaya taman Jepun, khas untuk menarik anda yang penuh rasa ingin tahu dan suka mengambil gambar dan meneroka. Temuilah pelbagai peranti disina dan mencari tempat fotografi yang popular, ini pasti akan memuaskan hati anda yang suka mengambil gambar dari pelbagai sudut. Tarikan ini merupakan tempat yang berbaloi untuk melawat bersama kawan-kawan apabila cuti. Memangnya 'best' kamu semua saling tekan‘Like’kepada pos sosial media tetang lawatan ke sini.