Apabila matahari terbenam, pentas kami sedia untuk persembahan yang mengadun cahaya, dan air dalam persembahan yang menakjubkan. Selamat datang ke "Gala of Lights" di Aqua City - Lagoon, di mana pesta visual menanti anda.
Apabila matahari terbenam, pentas kami sedia untuk persembahan yang mengadun cahaya, dan air dalam persembahan yang menakjubkan. Selamat datang ke "Gala of Lights" di Aqua City - Lagoon, di mana pesta visual menanti anda.
Persembahan yang menarik ini memaparkan sejarah yang gemilang, budaya yang berwarna-warni dan keindahan semula jadi Hong Kong melalui persembahan tarian cahaya dan bayangan yang memukau. Air pancut yang tinggi memancut, bergoyang dengan anggun mengikut irama, dilengkapkan dengan kesan pencahayaan yang mencipta pemandangan kecantikan yang abadi. Cahaya yang terang dan air terjun yang menari beradun di depan mata anda, mempersembahkan persembahan waktu malam yang luar biasa hebatnya dan menarik semua deria anda. Kesan khas meletus dalam ngauman berirama, menyalakan langit malam, menambah rasa kagum tiada tandingan kepada seluruh pengalaman ini.
Diintegrasi dengan kesan khas, kreativiti artistik, dan unsur semula jadi, persembahan ini akan menarik deria visual dan sensori. Selami tarikan "Gala Of Lights" dengan roh misteri ANIMO membawa anda melalui perjalanan penerokaan yang mengasyikkan bagai mimpi. Pertunjukan agung ini mencampurkan muzik, projeksi cahaya berskala besar dengan lancer, dan juga kesan asap, kabus, dan skrin air yang memukau, membolehkan pelawat untuk menikmati keajaiban siang dan malam dengan sepenuhnya, mencipta pengalaman yang sukar dilupakan.
Saksikan pertunjukan Cahaya dan air, dan mulakan pengembaraan luar biasa yang akan memukau deria dan meninggalkan gambaran yang abadi. Saksikan "Gala Of Lights" di Aqua City, di mana sempadan di antara realiti dan fantasi menjadi kabur, dan anda dibawa ke dunia keajaiban.
Pertunjukan cahaya dan muzik yang direka dengan teliti ini, menggunakan pelbagai kesan khas seperti projeksi cahaya, akan menyentuh hati setiap penonton dengan mendalam. Ia bukan sahaja pengalaman hiburang waktu malam yang mengagumkan, ia juga memberikan komposisi naratif dan irama yang bernuansa. Selain daripada keajaiban visual dan aural, pertunjukan ini juga menyampaikan mesej berpendidikan, menyerlahkan kepentingan pemuliharaan ekologi dan perlindungan alam sekitar. Dengan menonton dengan hati terbuka, penonton boleh merasai tenaga yang kuat daripada acara yang luar bias aini. Ini penutup terbaik kepada lawatan anda ke taman kami, sebuah acara mengagumkan yang sukar dilupakan dan tidak boleh dilepaskan.
Masa pertunjukan : 7:30pm
Lokasi: Aqua City I Waterfront (Aqua City – Lagoon)
("Gala Of Lights" dengan kesan khas akan dipertunjukkan ketika acara perayaan Istimewa, cuti umum dan petang hujung minggu di Taman.)